Berikut adalah perkara yang dipetik dari DSP PSK Tingkatan 3
B5D1E1
Membuat kajian tentang kerjaya yang dipilih.
– latar belakang kerjaya.
– kelebihan dan keistimewaan
– tokoh yang menjadi idola
Catatan:
– Pelajar boleh mengemukakan jawapan selain daripada yang tersenarai dalam DSP.
Saya berpendapat pelajar hanya perlu membuktikan dirinya mempunyai ‘keyakinan diri untuk meneroka kerjaya yang dipilih’ (B5D1). Saya mengarahkan pelajar untuk menulis dan menyerahkan sebuah folio hasil kajiannya yang mengandungi 3 perkara di atas. Untuk mengurangkan risiko pemalsuan evidens (menyalin cetak kerja rakan), maka saya wajibkan semua folio ditulis dengan tangan.
Walau bagaimanapun, kebebasan berkarya tetap diberikan sesuai dengan arahan DSP seperti yang dipetik di atas. Kelas yang kurang berkebolehan, saya membimbing mereka secara lisan dan juga menulis contoh hasil kajian di atas papan putih. kelas pandai pula, saya sengaja tidak menulis di atas papan putih, walaupun arahan dan panduan lisan tetap diberikan.
Refleksi :
Kuatkah bukti (validkah) kerja murid dari kelas lemah untuk diiktiraf sebagai bukti pentaksiran Band 5, sedangkan kualiti kerja murid dari kelas pandai juga band 5, bezanya dengan pelbagai isi dan kupasan lanjut tentang kerja dipilih. Patutkah guru membantu murid membuat tugasan sedangkan penilaian dan pentaksiran di bawah PBS adalah untuk mencari evidens kemampuan ‘SEBENAR’ murid tersebut. Apa yang saya maklum, guru mesti membimbing murid hingga mencapai band yang sama. Akhirnya semua orang akan sama rata. Harap-haraplah kesamaan itu terzahir dalam PMR 2014 pula.