Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Sabah. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah. Menurut Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun. Sebelum ini istilah Gabenor digunakan.

Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Sabah tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah. Bagaimanapun, Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Berikut adalah senarai terkini TYT Dipertua Negeri Sabah seperti diberikan di bawah

Nama Tempoh berkhidmat
Tun Datu Hj. Mustapha Datu Harun 16 September 1963 – 15 September 1965
Tun Datuk Pengiran Hj. Ahmad Raffae Bin O.K.K. Pengiran Hj. Omar 16 September 1965 – 15 September 1973
Tun Datuk Hj. Mohammad Fuad Stephens 16 September 1973 – 1975
Tun Datuk Mohd. Hamdan Bin Abdullah 1975 – 1978
Tun Datuk Hj. Ahmad Bin Koroh 26 Jun 1978 – 26 Jun 1979
Tun Datuk Hj. Mohammad Adnan Robert 27 Jun 1979 – 1987
Tun Datuk Hj. Mohd. Said Bin Keruak 1987 – 31 Disember 1994
Tun Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran Bin Dandai 1 Januari 1995 – 31 Disember 2002
Tun Datuk Seri Panglima Hj. Ahmadshah Bin Abdullah 1 Januari 2003 – 31 Januari 2010
Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar Bin Hj. Mahiruddin 1 Januari 2011 – kini

Maklumat lanjut berkaitan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah terkini boleh diperolehi melalui pautan di bawah:

http://www.sabah.gov.my/istana/Biodata.html

http://www.sabah.gov.my/istana/Mantan%20TYT.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s