Lembaran PBS PSK Tingkatan 3

Berikut adalah bahan PBS Sivik Tingkatan 3 yang saya sediakan. Oleh kerana ini pertama kali PSK Tingkatan 3 diajar di bawah dasar PBS, maka ada beberapa perkara yang masih memerlukan usaha pemurnian. Selain dari itu, saya juga masih perlu belajar mengendalikan PBS di dalam sekolah dan pengurusan evidens PBS pelajar-pelajar Tingkatan 3. Kepada pelajar tingkatan 3 sesi 2014, mereka sudah terbiasa dengan PBS, tetapi kepada kami guru sesi pagi yang baru mengambilalih tugas mengajar PSK, belum biasa. Malangnya belum ada kursus khusus dan lanjutan untuk dihadiri.

Tema 1 – B1D1E1 B2D1E1 (klik untuk download).

Ianya mula diusahakan dalam masa cuti bulan November sebagai persediaan. Ianya juga telah dihantar kepada KP semasa cuti untuk dinilai. Tetapi tentulah, tanpa modul contoh yang spesifik dari pihak KPM, kita semua terkial-kial membandingkan kesesuaian bahan dibina dengan DSP yang telah dikeluarkan KPM.

Bahan di atas adalah salah satu usaha saya mempelajari secepat mungkin kehendak DSP terkini. Saya percaya lembaran PBS itu masih memerlukan penambahbaikan. Anggaplah ia sebagai edisi contoh atau draf. Oleh kerana saya sendiri tidak pernah berkursus secara khusus dengan JU negeri/daerah, sudah pastilah saya tidak pernah mendengar secara terperinci dan jelas apakah kehendak sebenar KPM, selain hanya dapat membaca arahan dan dokumen DSP yang tersebar di internet.

Selebihnya, maka mahu tidak mahu terpaksalah saya mengusahakannya sendiri. Oleh itu, jika jika ada khilaf, ajarlah saya. Kami rakan sekerja dan satu panitia PSK pun masih terus berusaha menunaikan tanggungjawab sambil meningkatkan kemahiran mengajar PSK Tingkatan 3.

Kalau ada teguran, silalah masukkan komen di bawah supaya saya dapat meningkatkan kefahaman berkenaan perkara ini.

Advertisements

2 thoughts on “Lembaran PBS PSK Tingkatan 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s