Menyedia Folio sebagai evidens B5D1E1 untuk PSK Tingkatan 3

Berikut adalah perkara yang dipetik dari DSP PSK Tingkatan 3

B5D1E1
Membuat kajian tentang kerjaya yang dipilih.
– latar belakang kerjaya.
– kelebihan dan keistimewaan
– tokoh yang menjadi idola

Catatan:
– Pelajar boleh mengemukakan jawapan selain daripada yang tersenarai dalam DSP.

Saya berpendapat pelajar hanya perlu membuktikan dirinya mempunyai ‘keyakinan diri untuk meneroka kerjaya yang dipilih’ (B5D1). Saya mengarahkan pelajar untuk menulis dan menyerahkan sebuah folio hasil kajiannya yang mengandungi 3 perkara di atas. Untuk mengurangkan risiko pemalsuan evidens (menyalin cetak kerja rakan), maka saya wajibkan semua folio ditulis dengan tangan.

Walau bagaimanapun, kebebasan berkarya tetap diberikan sesuai dengan arahan DSP seperti yang dipetik di atas. Kelas yang kurang berkebolehan, saya membimbing mereka secara lisan dan juga menulis contoh hasil kajian di atas papan putih. kelas pandai pula, saya sengaja tidak menulis di atas papan putih, walaupun arahan dan panduan lisan tetap diberikan.

Refleksi :
Kuatkah bukti (validkah) kerja murid dari kelas lemah untuk diiktiraf sebagai  bukti pentaksiran Band 5, sedangkan kualiti kerja murid dari kelas pandai juga band 5, bezanya dengan pelbagai isi dan kupasan lanjut tentang kerja dipilih. Patutkah guru membantu murid membuat tugasan sedangkan penilaian dan pentaksiran di bawah PBS adalah untuk mencari evidens kemampuan ‘SEBENAR’ murid tersebut. Apa yang saya maklum, guru mesti membimbing murid hingga mencapai band yang sama. Akhirnya semua orang akan sama rata. Harap-haraplah kesamaan itu terzahir dalam PMR 2014 pula.

 

Advertisements

One thought on “Menyedia Folio sebagai evidens B5D1E1 untuk PSK Tingkatan 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s